Pada 01.04.11 baru-baru nie .. kami sekeluarga ke Nilai 3. Pok Su yang ajak pasal dia nak pergi beli barang-barang untuk perkahwinannya nanti. Pok Su dan tunangnya bertolak petang Khamis. Memandangkan aku masih lagi kerja pada hari khamis tu , so abang kata kita bertolak pagi ajelah. Mula-mula plan nak bertolak pada pukul 4 pagi .... tapi faham-faham ajelah ..bila hari cuti .. alih-alih lepas solat subuh barulah kita orang bertolak ke Nilai.
Sampai kat Nilai 3 dalam pukul 2.00 petang lebih-lebih gak la. Sampai tersesat-sesat nak cari tempatnya. Ni GPS punya pasal la .. sampai kat Seri Putra tu ... tak ada liputan. Menggagau nak cari jalan. Lepas telepon Pok Su ..akhirnya jumpa jugaklah ... tak jauh pun.
Sampai aje ..terus cari barang-barang. Jenuh jugak la nak memilih ..... ada yang tak kena ngan citarasa la .. mahal la ... macam-macam la .... Susah jugak nak buat pilihan kan. Alang-alang dah datang sini ..surelah nak cari yang lain sikit .....
Dalam pukul 3.00 petang tu .. kitaorang balik ke rumah sepupu Jannah (tunang Pok Su) kat Seri Putra. Makan-makan ..... mandi-mandi jap .... Lepas asar kita orang gerak ke KLCC lak ....
No comments:
Post a Comment