Hari nie ada jamuan perpisahan untuk pelajar UUM yang buat praktikum kat opis aku. So aku ngan Kak Su ditugaskan mencari hadiah serta membeli kek ... Kami pergi dengan pemandu.
On the way nak balik tu ... nak beli paper bag untuk letak hadiah yang dibeli. Suruh Abang Halim singgah kat Pustaka Sri Intan pasal nak beli paper bag. He ..he..he... sebelum beli paper bag ... naik kat tingkat atas dulu .... apalagi ..cari novel la ....
566 Hari mencari cinta .....
Firdayu : " Aku mencari cinta semata-mata kerana kemewahan yang bakal aku kecapi dan aku tidak akan biarkan diriku tunduk pada cinta."
Kid: " Semua orang menggelarkannya 'posion ivy'. Cantik tetapi beracun. Tapi aku tak kisah kerana aku akan sentiasa melindungi dia dari sebarang ancaman. Kenapa? Itu adalah tugas yang telah diamanahkan untuk aku."
Ruzair :"Aku cuba bermain dengan 'si ular' ini namun akhirnya aku telah dipatuk. Semakin aku mengenali dia, semakin aku ingin memiliki dia."
566 hari ....... tempoh untuk Firdayu mencari cinta kerana satu perjanjian. Cinta senang dicari namun mudahkan untuk mencari cinta sejati? Apatah lagi Firdayu memilih lelaki seperti memilih baju. Yang berjenama lebih diutamakan. Tanpa jenama , dicampak ke tepi.!
Hmmmm .... tak baca lagi citer nie ....
Yang ni aku punya ...... sudah lama menunggu untuk membelinya ...
Terdesak untuk melucutkan gelaran penganggur yang disandangnya, Noorul rela dalam terpaksa menjawat jawatan sebagai pembantu rumah kepada Harris Tan Sri Hamdan. Sikapnya yang cepat gelabah sering mengundang kemarahan Harris , si cerewet tahap gaban hingga menyebabkan Noorul menggelarnya Mr.F (fussy).
Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya , boleh pula mereka makan semeja.
Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr.F terpaksa disatukan. Siapa punya angkara ? Asyraf? Musuh perniagaan Tan Sri Hamdan ?
Serabutnya Noorul hanya Allah yang tahu. Dia terpaksa berhadapan dengan Puan Sri Kirana yang enggan menerimanya sebagai menantu , Elisa - perempuan 'plastik' yang tergedik-gedik memburu cinta Mr.F, Nurina - bekas kekasih Mr.F yang pulang semula ke Malaysia untuk menagih kembali cinta Mr.F dan si petualang yang mengharu-birukan hidupnya.
Apakah perisai Noorul untuk menghadapi pancaroba ini ? 'Kuali'? 'Sudip'?
2 comments:
wah dah beli ek...ai dah pesan kat kawan but x jmpa dia lagik....x sabar nak baca MAID
He..he..he ... best citernya ... beli la ...
Post a Comment