Thursday, April 07, 2011

Koleksi Novel : Sesuci kasih seorang Isteri & Gelora Asmara

07.04.2011
Hari nie .. ada pekerja kat kedai buku Batu 6 call. Bagitahu ada novel baru sampai. Apalagi ..aku ngan kak su ..lepas makan terus ke sana. Tak sabar nak beli novel baru ..

Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

Keluaran : Kaki Novel


Isha ..... walau apa pun yang terjadi, cinta abang hanya untuk sayang. Ampunkan abang kerana menduakanmu. Sesungguhnya manusia cuma mampu merancang, Dia jualah yang menentukan segala-galanya.


Sofea .... hadirmu bukan pintaku. Tetapi, mengapa kau sanggup memburu cintaku walaupun kita tidak pernah saling mengenali ? Siapa aku sebenarnya padamu?


SESUCI KASIH SEORANG ISTERI ....luahan hati dari kaca mata seorang suami yang berhadapan dengan dugaan hidup di alam rumah tangga. Luahan hati yang bisa menyentuh perasaan anda.

Gelora Asmara

Haryani Kamilan

Keluaran : Buku Prima


Tengku Ryan , si mata keranjang. Juga digelar playboy profesional. Dengan rupanya yang kacak dan peninggalan pusaka yang banyak sudah cukup membuatkan dia digilai ramai wanita. Linda anak hartawan dan Nora gadis GRO adalah antara mangsa mainan perasaannya.


Sikap Ryan yang selalu leka dengan nikmat duniawi itu juga membuatkan Engku Zabedah dan Lokman cuba mengambil kesempatan untuk merampas segala hartanya. Dengki dan dendam telah lama bersarang dalam diri dua beranak itu.


Namun di suatu ketika, Ryan telah bertemu dengan Jelita, gadis ayu yang tidak mempercayai perkahwinan. Jelita telah menutup pintu hatinya untuk menerima mana-mana lelaki yang hadir dalam hidupnya. Bagi Jelita, lelaki hanya untuk menyakiti. Pengalaman ibunya, Puan Eliza, sedikit sebanyak mempengaruhi rasa hatinya. Kegagalan perkahwinan ibunya dulu telah menjadi punca Jelita memingkirkan soal rumah tangga.


Ryan berasa tercabar bila cintaya ditolak Jelita. Dia mencuba sedaya yang mungkin untuk memikat Jelita. Tapi malang tidak berbau, suatu malam disebabkan Jelita, Ryan telah ditimpa kemalangan yang secara langsung telah mengubah kehidupannya.


Sejak itu, Jelita diserbu rasa bersalah dan sentiasa membantu Ryan untuk memperbaiki kesilapan yang pernah dilakukan dulu. Mungkinkah keakraban mereka itu bakal mewujudkan satu rasa cinta yang tulus dan ikhlas?


"Mata bertentangan, menautkan satu rasa. Rasa yang sukar untuk diungkapkan."


No comments: