Tuesday, April 26, 2011

Eeeeeiiiiii ...geramnya



Kenapalah hari nie ... internet problem lak... Sekejap ada ..sekejap tak ada .. sakit hati BETUL .. dibuatnya. Satu kerja pun tak boleh buat .

Monday, April 25, 2011

SuKaNya .....

25.04.11

Pagi-pagi lagi Khasidah ... kawan serumah masa dok kat KL dulu tu ..call .. dan dia bagitahu yang dah belikan novel yang aku dan kak su kirim tu. Bestnya .. tak sabar nak baca. TQ Shidah .... muah ...muah ..muah ....

Novel yang kami suruh Shidah belikan :

Bila Hati Kata Sayang ~ Marissa

Terlanjur Mencintaimu ~ Syamnuriezmil

Cintamu Cintaku Satu ~ Anna Sofiya

Entah Bila Bersemi ~ Auni Amauni


Katanya novel nie akan dikirimkan kepada pemandu Hajjah yang akan ke Kedah. Ada program kat UUM. Tak sabar nak tengok novel nie ..





Sunday, April 24, 2011

Family Day Kelab Angsana di Holiday Villa Cherating~ 22.04.11

Tahun nie Family Day Kelab Angsana diadakan di Holiday Villa Cherating pada 22.04.11 hingga 23.04.11. Ini opis abang punya Family Day ...



Amir bergaya ngan kasut barunya ....


seronok betul amir bermain air laut ...



habis kotor ... Along dok main pasir




main pasir tak ingat dunia ....




gaya amir ....... terjun







Monday, April 18, 2011

KoLeKSi TeRBaRu ...

18.04.11

Hari nie ada jamuan perpisahan untuk pelajar UUM yang buat praktikum kat opis aku. So aku ngan Kak Su ditugaskan mencari hadiah serta membeli kek ... Kami pergi dengan pemandu.




On the way nak balik tu ... nak beli paper bag untuk letak hadiah yang dibeli. Suruh Abang Halim singgah kat Pustaka Sri Intan pasal nak beli paper bag. He ..he..he... sebelum beli paper bag ... naik kat tingkat atas dulu .... apalagi ..cari novel la ....






Yang ni Kak Su yang beli ......




566 Hari mencari cinta .....




Firdayu : " Aku mencari cinta semata-mata kerana kemewahan yang bakal aku kecapi dan aku tidak akan biarkan diriku tunduk pada cinta."




Kid: " Semua orang menggelarkannya 'posion ivy'. Cantik tetapi beracun. Tapi aku tak kisah kerana aku akan sentiasa melindungi dia dari sebarang ancaman. Kenapa? Itu adalah tugas yang telah diamanahkan untuk aku."




Ruzair :"Aku cuba bermain dengan 'si ular' ini namun akhirnya aku telah dipatuk. Semakin aku mengenali dia, semakin aku ingin memiliki dia."




566 hari ....... tempoh untuk Firdayu mencari cinta kerana satu perjanjian. Cinta senang dicari namun mudahkan untuk mencari cinta sejati? Apatah lagi Firdayu memilih lelaki seperti memilih baju. Yang berjenama lebih diutamakan. Tanpa jenama , dicampak ke tepi.!






Hmmmm .... tak baca lagi citer nie ....


Yang ni aku punya ...... sudah lama menunggu untuk membelinya ...

Terdesak untuk melucutkan gelaran penganggur yang disandangnya, Noorul rela dalam terpaksa menjawat jawatan sebagai pembantu rumah kepada Harris Tan Sri Hamdan. Sikapnya yang cepat gelabah sering mengundang kemarahan Harris , si cerewet tahap gaban hingga menyebabkan Noorul menggelarnya Mr.F (fussy).




Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya , boleh pula mereka makan semeja.




Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr.F terpaksa disatukan. Siapa punya angkara ? Asyraf? Musuh perniagaan Tan Sri Hamdan ?




Serabutnya Noorul hanya Allah yang tahu. Dia terpaksa berhadapan dengan Puan Sri Kirana yang enggan menerimanya sebagai menantu , Elisa - perempuan 'plastik' yang tergedik-gedik memburu cinta Mr.F, Nurina - bekas kekasih Mr.F yang pulang semula ke Malaysia untuk menagih kembali cinta Mr.F dan si petualang yang mengharu-birukan hidupnya.




Apakah perisai Noorul untuk menghadapi pancaroba ini ? 'Kuali'? 'Sudip'?




Wednesday, April 13, 2011

Buat Seseorang ....

aku di sini BukaN unTuK SeLamanya ... meskipun ada sedikit rasa terkilan ... ada pedih yang terlindung ... namun aku tetap tersenyum .... semoga ada ruang untuk kau berterus-terang .... walaupun terlalu lama aku mengetahui segala kebenaran ...... telah aku cuba dengan sedaya upaya .. untuk memberikan kau seberapa banyak peluang ... cuma sabar aku ada hadnya ..... jangan sampai melepasi garis waktu tu ............ 13.04.11

Thursday, April 07, 2011

Koleksi Novel : Sesuci kasih seorang Isteri & Gelora Asmara

07.04.2011
Hari nie .. ada pekerja kat kedai buku Batu 6 call. Bagitahu ada novel baru sampai. Apalagi ..aku ngan kak su ..lepas makan terus ke sana. Tak sabar nak beli novel baru ..

Sesuci Kasih Seorang Isteri

Dzie Tyea

Keluaran : Kaki Novel


Isha ..... walau apa pun yang terjadi, cinta abang hanya untuk sayang. Ampunkan abang kerana menduakanmu. Sesungguhnya manusia cuma mampu merancang, Dia jualah yang menentukan segala-galanya.


Sofea .... hadirmu bukan pintaku. Tetapi, mengapa kau sanggup memburu cintaku walaupun kita tidak pernah saling mengenali ? Siapa aku sebenarnya padamu?


SESUCI KASIH SEORANG ISTERI ....luahan hati dari kaca mata seorang suami yang berhadapan dengan dugaan hidup di alam rumah tangga. Luahan hati yang bisa menyentuh perasaan anda.

Gelora Asmara

Haryani Kamilan

Keluaran : Buku Prima


Tengku Ryan , si mata keranjang. Juga digelar playboy profesional. Dengan rupanya yang kacak dan peninggalan pusaka yang banyak sudah cukup membuatkan dia digilai ramai wanita. Linda anak hartawan dan Nora gadis GRO adalah antara mangsa mainan perasaannya.


Sikap Ryan yang selalu leka dengan nikmat duniawi itu juga membuatkan Engku Zabedah dan Lokman cuba mengambil kesempatan untuk merampas segala hartanya. Dengki dan dendam telah lama bersarang dalam diri dua beranak itu.


Namun di suatu ketika, Ryan telah bertemu dengan Jelita, gadis ayu yang tidak mempercayai perkahwinan. Jelita telah menutup pintu hatinya untuk menerima mana-mana lelaki yang hadir dalam hidupnya. Bagi Jelita, lelaki hanya untuk menyakiti. Pengalaman ibunya, Puan Eliza, sedikit sebanyak mempengaruhi rasa hatinya. Kegagalan perkahwinan ibunya dulu telah menjadi punca Jelita memingkirkan soal rumah tangga.


Ryan berasa tercabar bila cintaya ditolak Jelita. Dia mencuba sedaya yang mungkin untuk memikat Jelita. Tapi malang tidak berbau, suatu malam disebabkan Jelita, Ryan telah ditimpa kemalangan yang secara langsung telah mengubah kehidupannya.


Sejak itu, Jelita diserbu rasa bersalah dan sentiasa membantu Ryan untuk memperbaiki kesilapan yang pernah dilakukan dulu. Mungkinkah keakraban mereka itu bakal mewujudkan satu rasa cinta yang tulus dan ikhlas?


"Mata bertentangan, menautkan satu rasa. Rasa yang sukar untuk diungkapkan."


Jalan - Jalan Ke Pasar Payang

Tiba-tiba mari angin tak betul. Tengah hari tu ..plan nak kak wati . Jalan-jalan ke pasar payang. Saja mencuci mata . Tujuan asal ... cuma nak pergi beli baju pasang kat kedai kain Devandas jer .. Tapi menyinggah ke pasar payang la dulu .... Tak membeli pun. Saja tengok.


Tuesday, April 05, 2011

Nilai ~ KL

Pada 01.04.11 baru-baru nie .. kami sekeluarga ke Nilai 3. Pok Su yang ajak pasal dia nak pergi beli barang-barang untuk perkahwinannya nanti. Pok Su dan tunangnya bertolak petang Khamis. Memandangkan aku masih lagi kerja pada hari khamis tu , so abang kata kita bertolak pagi ajelah. Mula-mula plan nak bertolak pada pukul 4 pagi .... tapi faham-faham ajelah ..bila hari cuti .. alih-alih lepas solat subuh barulah kita orang bertolak ke Nilai.

Sampai kat Nilai 3 dalam pukul 2.00 petang lebih-lebih gak la. Sampai tersesat-sesat nak cari tempatnya. Ni GPS punya pasal la .. sampai kat Seri Putra tu ... tak ada liputan. Menggagau nak cari jalan. Lepas telepon Pok Su ..akhirnya jumpa jugaklah ... tak jauh pun.

Sampai aje ..terus cari barang-barang. Jenuh jugak la nak memilih ..... ada yang tak kena ngan citarasa la .. mahal la ... macam-macam la .... Susah jugak nak buat pilihan kan. Alang-alang dah datang sini ..surelah nak cari yang lain sikit .....


Dalam pukul 3.00 petang tu .. kitaorang balik ke rumah sepupu Jannah (tunang Pok Su) kat Seri Putra. Makan-makan ..... mandi-mandi jap .... Lepas asar kita orang gerak ke KLCC lak ....






Sementara Pok Su mencari barang ..kita orang lepak dulu la .... Penat jalan oiiii .



Esoknya sebelum bertolak balik... singgah dulu ke Nilai sekali lagi . Semalam tak puas shopping ..Aku pun tak sempat nak membeli apa-apa. Yealah .. nak beli banyak-banyak pun tak boleh gak pasal barang Pok Su dah penuh ........



bergambar kenangan bersama-sama dengan sepupu Jannah


amir ... cantik posing ..

amboiiii ... gaya


habis semua binatang yang ada kat situ diaorang nie ambil gambar...


sukanya amir boleh naik dinosour ...


On the way nak balik ke Terengganu, singgah sekejap kat Kuantan. Sambung shopping kat East Coast Mall pulak. Sampai kat rumah pun dalam pukul 2.30 pagi. Fuhhhh ... hari yang memenatkan ...