Sunday, September 28, 2014

Potato Fritters



Resepi nie Aishah yang bagi.

3 biji kentang - disagat halus
1 biji carrot- disagat halus
4 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
Daun bawang
Garam
Minyak masak - untuk menggoreng

Cara-caranya :

* satukan kentang dan carrot  yang telah disagat dengan tepung jagung, tepung gandum , daun bawang, telur garam dan gaul sebati.

*Panaskan minyak dan goreng sehingga garing. Sudukan leper leper adunan fritters tadi.

Blade Man


image dari google

image dari google

image dari google

Title: Iron Man
Also known as: Blade Man
Chinese Title: 钢铁人
Genre: Action, Romance
Episodes: 20 (To Be Confirmed)
Broadcast network: KBS2
Broadcast period: 2014-Sep-10 to 2014-Nov-13
Air time: Wednesday & Thursday 22:00

Synopsis
A love story about a man who has knives standing upright all over his body because of the pain that his heart’s been through and a woman who helps him grow and become a real human with her true love.
Joo Hong Bin (Lee Dong Wook) is a heartless and fearless man. He’s a smart, wealthy, prickly man who suddenly develops the ability to sprout iron from his body due to his painful heart and faces hardships for the first time in his life, he gets this power because of all the pain he carries in his heart, and discovers love and grows up along the way. Meanwhile, Song Hae Kyo (Shin Se Kyung) is a meddlesome sort who loves the hero and takes it upon herself to turn him into a real man.

Cast
Main Cast
Lee Dong Wook as Joo Hong Bin
Shin Se Kyung as Son Se Dong
Kim Gap Soo as Joo Jang won
Han Eun Jung as Kim Tae Hee

Sumber : www.koreandrama.org


Jom layan drama nie kat KBS saluran 391!!

Thursday, September 25, 2014

Puding Tauhu



PUDING TAUHU

1/2 tahil (18.7 gram) agar-agar tali

2 liter air
1 tin susu pekat manis
1 tin susu cair
Laici dalam tin
air gula

Caranya :


1.Masak agar-agar bersama air sehingga hancur

2.Apabila agar-agar dah hancur, masukkan susu cair dan susu pekat ke dalamnya.
(pastikan susu pekat dan susu cair disatukan terlebih dahulu di dalam bekas)
3.Kacau sehingga mendidih
4.Tuangkan ke dalam bekas /mangkuk sehingga beku

*satukan laici dalam tin untuk dijadikan kuahnya. Jika suka boleh tambah air gula


Wednesday, September 24, 2014

Puding Buih

Aktiviti di hujung minggu, membuat puding buih.



Resepi puding buih nie diambil dari blog Kak Ita. 

PUDING BUIH

Bahan-bahan

1 strip agar-agar tali - direndam terlebih dahulu 
1.75 liter air
9 sudu besar gula
1 helai daun pandan -disimpul
6 biji telur - simpan 1 kuning telur
esen vanila

Caranya :

- Masak agar-agar dengan air, gula dan daun pandan sehingga mendidih. Selepas itu masukkan esen vanila/ pewarna. Kacau sehingga sebati.
-Sementara itu menunggu agar-agar tadi suam, kita pukul telur hingga betul betul kembang dan gebu
-Pukul putih telur dahulu. Apabila putih telur tadi dah kaku barulah dimasukkan kuning telur.
-Tuang adunan agar-agar ke dalam adunan telur dan kacau / pukul dengan mixer sehingga sebati.
-Masukkan ke dalam acuan.

KUAH.

1 tin susu cair
2 tin air (guna tin susu cair)
7 sudu besar gula
2 sudu besar tepung kastard
1 biji kuning telur
2 helai daun pandan
1/2 sudu kecil garam

-masukkan semua bahan dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
-kuah ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul.
-bila dah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk.
-barulah dimasukkan ke dalam peti ais.


SELAMAT MENCUBA!

Karnival Usahawan Desa di AMBS






Thursday, September 04, 2014

Kerana Satu Janji ....


Baru habis baca novel nie. Kerana Satu Janji oleh Ameera Ameer .
Memang best sangat ceritanya .....

Jom buat Ais Krim Goreng


Letak ais krim atas roti


Kita guna mug untuk bentukkan jadi bulat ..



Tada ..... dah siap ais krim goreng kita ... Tq abang kerana buatkan ais krim goreng.

Tuesday, September 02, 2014

Jom masak masak



Teringin makan nasi pandan. Godek punya godek terjumpalah resepi ni. Terima kasih pada tuan punya resepi, memang sedap nasi pandan ni. Lagi lagi dimakan bersama ayam masak ros.


Nasi Pandan

Bahan-bahannya ...

2 cawan beras basmati - cuci dan toskan
2 cawan air @ ikut sukatan beras masing-masing
2-3 sudu besar minyak sapi - saya guna marjerin jer
1 labu bawang besar - hiris nipis
3 ulas bawang merah - hiris nipis
1/2 inci halia
3 kuntum bunga lawang *
3 kuntum bunga cengkih *
1 batang kulit kayu manis *
4 biji buah pelaga *
2 helai daun pandan - dikoyak-koyak *
2 ketul kuib pati ayam
sedikit pewarna hijau
sedikit kismis dan daun ketumbar - untuk hiasan/tabur
sedikit minyak untuk goreng bawang


Cara - caranya :

1. Panaskan minyak dan goreng bawang besar dan bawang merah hingga sedikit keperangan. Angkat dan amik 2 sudu besar atau separuh darinya dan tumbuk dengan halia.

2. Panaskan periuk dan masukkan minyak sapi, bila minyak sapi cair masukkan bawang yang ditumbuk tadi dan bahan yang bertanda * . Tumis sehingga garing. ( tumis terus dalam rice cooker pun boleh)

3. Kemudian masukkan air dan beras. Masukkan kiub pati ayam dan kacau sekata. Masak seperti biasa sehingga nasi kering.

4. Ambil sedikit pewarna hijau dan bancuh dengan 1 sudu kecil air. Tuang secara rawak atas nasi yang telah kering dan gaul dengan garfu agar warna hijau kena pada sebahagian nasi. Biar sehingga nasi masak.

Sahsiah Ramadhan 2014


sebelum masuk dewan .... kita bergambar dulu , acara wajib 

barisan model .... ???

Cuti Cuti di Sarawak


berehat kat waterfront ....



di perkampungan budaya ...


shopping kat sariken ... 



Mira Cake House ... mencari kek lapis sarawak 


airport kuching .... nak balik dah ...

Rizal dan Hajar Part 2