Sunday, November 28, 2010

Ke Kampung Raja , Besut

27hb November ..baru nie ke Kampung Raja Besut menghadiri kenduri menyambut menantu anak Mak Cik Ni .. iaitu Suhaimi & Mazniza. Mak Cik Ni jiran mak aku masa kami tinggal kat Kampung Raja dulu.

Dalam perjalan singgah kat petronas Bandar Permaisuri pasal Amir Iskandar nak pergi ke toilet dan abang nak isi minyak. Tahu tahu ajelah kalau dah berhenti macam-macam yang hendak di beli oleh Amir dan Amirah nie.


Sampai kat Kampung Raja lepas solat Jumaat. Abang sempat singgah solat Jumaat kat Masjid Gong Kepas. Pokok gemia kat atas tu .. tempat aku selalu lepak masa kecik-kecik dulu di waktu petang. Kalau ada buah gemia ..... kat atas pokok la jawabnya. Nak ambik buah .. Teringat lak zaman kecik kecik aku dulu .. perangai macam lelaki ... suka memanjat pokok ..


Lepas makan kenduri kat rumah Mak cik Ni .. kami ke masjid yang berdekatan rumah mak cik nie tu. Nak solat jap. Anak-anak aku dan sepupunya dok kat tepi kolam ..dok tengok ikan yang ada kat dalam tu....

Adik aku tolong jaga anak sedaranya ..sementara adik aku solat. Nasib baik gak ... Anak aku .. dok asyik tengok ikan la. Bagi ikan makan la ..... Apa apa ajelah ...



Sempat lagi ambik gambar lepas solat. Saje je .. aku kan memang suka mengambil gambar tak kira tempat.... Nak buat kenangan. Lepas solat plan nak ke kubur kejap. Mak ajak ke kubur Allahyarhamah adik aku Mazliza Mustaffa.


kawasan kubur ....


Allahyarhamah adik aku Mazliza Mustaffa meninggal pada usia 8 tahun. Masa tu umur aku 15 tahun , tingkatan 3 dan bersekolah di Sekolah Menengah Agama Maarif. Adik aku meninggal kerana kemalangan.Memandangkan mayatnya agak uzur pasal tu la dikebumikan di Kampung Raja nie terus. Dan kami ke sini lagi tahun nie ..cuma tahun nie ayah tak ada .........


No comments: