Sunday, November 28, 2010

Ke Kampung Raja , Besut

27hb November ..baru nie ke Kampung Raja Besut menghadiri kenduri menyambut menantu anak Mak Cik Ni .. iaitu Suhaimi & Mazniza. Mak Cik Ni jiran mak aku masa kami tinggal kat Kampung Raja dulu.

Dalam perjalan singgah kat petronas Bandar Permaisuri pasal Amir Iskandar nak pergi ke toilet dan abang nak isi minyak. Tahu tahu ajelah kalau dah berhenti macam-macam yang hendak di beli oleh Amir dan Amirah nie.


Sampai kat Kampung Raja lepas solat Jumaat. Abang sempat singgah solat Jumaat kat Masjid Gong Kepas. Pokok gemia kat atas tu .. tempat aku selalu lepak masa kecik-kecik dulu di waktu petang. Kalau ada buah gemia ..... kat atas pokok la jawabnya. Nak ambik buah .. Teringat lak zaman kecik kecik aku dulu .. perangai macam lelaki ... suka memanjat pokok ..


Lepas makan kenduri kat rumah Mak cik Ni .. kami ke masjid yang berdekatan rumah mak cik nie tu. Nak solat jap. Anak-anak aku dan sepupunya dok kat tepi kolam ..dok tengok ikan yang ada kat dalam tu....

Adik aku tolong jaga anak sedaranya ..sementara adik aku solat. Nasib baik gak ... Anak aku .. dok asyik tengok ikan la. Bagi ikan makan la ..... Apa apa ajelah ...



Sempat lagi ambik gambar lepas solat. Saje je .. aku kan memang suka mengambil gambar tak kira tempat.... Nak buat kenangan. Lepas solat plan nak ke kubur kejap. Mak ajak ke kubur Allahyarhamah adik aku Mazliza Mustaffa.


kawasan kubur ....


Allahyarhamah adik aku Mazliza Mustaffa meninggal pada usia 8 tahun. Masa tu umur aku 15 tahun , tingkatan 3 dan bersekolah di Sekolah Menengah Agama Maarif. Adik aku meninggal kerana kemalangan.Memandangkan mayatnya agak uzur pasal tu la dikebumikan di Kampung Raja nie terus. Dan kami ke sini lagi tahun nie ..cuma tahun nie ayah tak ada .........


~ Happy Birthday Along ~

Happy Birthdaya Amirah Fakhira yang ke 8 .Tahun nie share buat majlis birthday. Amir Iskandar pun masuk sekali pasal dia punya birthday 4 tahun sekali ..28.02 ... Kesian kat dia. Pasal tu la menumpang birthday Along , Afiz & Azim ....... Dan tahun nie buat kat rumah mak mertua ku .. tak ada kesempatan lagi buat kat rumah sendiri ....


Afiz , Amir , Amirah & Azim


Hari Raya Korban 2010

Selamat Hari raya Korban ... kepada semua ..





Yesss ... dapat jugak ...

Akhirnya dapat jugak buat keluar dmax tu pada 16hb November 2010. Sehari sebelum hari raya korban. Dan aku la yang terpaksa drive viva dari Durian Burong ke rumah ...


kereta abang .... TXX 6686

kereta ku ... TXX 6686

yang terbaru ... TXX 6676 ...no 6686 dah habis ..


Balik dari durian burung tu aku drive sorang-sorang follow my hubby .. anak-anak tak nak naik kereta ngan ibu ... mentang-mentanglah dapat naik kereta baru .... Tak aci betul la..

TeNgOk -TeNgOk KeReTa ..

Lepas habis konvi Amir Iskandar 10hb Oktober 2010 , terus ke Kuala Terengganu. Abang nak pergi ke Durian Burung nak tengok Isuzu DMAx .. Kebetulan lalu kat proton Durian Burung tengok orang ramai kat situ .. rupa-rupanya Inspira dah keluar . Kami pun join la tengok sama.


Mulanya nak tengok jer ... tapi akhirnya abang booking gak la. Kalau boleh nak keluarkan DMax nie sebelum raya ... sempat ke ..??


Tuesday, November 23, 2010

MaJLis Graduasi KaNak-KanaK TaDiKa

Majlis graduasi ni diadakan pada 10.11.10 ... So kali ni ibu dan ayah sama-sama cuti untuk meraikan Amir Iskandar. Seronok tengok gelagat kanak-kanak nie.Macam-macam ragam.




persembahan tarian ...

penyanyi nasyid kanak-kanak


menunggu giliran menerima hadiah .. tempat kedua ..


amir iskandar

Malas nak tulis panjang-panjang . Line internet slow jer. So layan ajelah gambar-gambar yang diupload nie ..

SuKaN KaNaK-KaNak TaDiKa

Sukan kanak-kanak tadika diadakan pada 28.10.10 di Padang Astaka Kuala Berang. Aku pergi seorang je la pasal ayah tak boleh cuti hari nie ..... Itupun puas memujuk Amir Iskandar. Dia tak nak pergi .... nasib baik Ishyak pun pergi ngan aku gak pasal Umi dan Abahnya cikgu .. tak boleh cuti ...

berbaris dulu ..

semasa perbarisan ...


menunggu giliran untuk bermain ..


cayalah adik ... main betul-betul yea ..


Amir ... berlari sambil mengepit bola ..


dah penat main .. rehat dan makan aiskrim dulu ..




Monday, November 22, 2010