Wednesday, July 15, 2009

Kejohanan Sukan


Hari khamis minggu lepas, sampai je kat rumah Abang suruh bersiap-siap pasal malam nanti bermalam di Muktafi Billah Shah. Hari jumaat abang ada kejohanan Sukan. Sampai kat rumah tamu di MBS pun dah hampir Maghrib. Malam nanti ada BBQ kat rumah kawan abang. Lepas Maghrib terus ke rumah kawan abang, tapi tak ada orang pun lagi. Makanan pun tak sampai lagi. Terpaksalah menunggu sekejap. Dalam pukul 9 malam barulah bermulanya acara membakar ayam , ikan dan sotong. Makan memang banyak dan sedap pula.


Keesokkannya dalam pukul 7 pagi bertolak ke Ketengah Jaya. Ada acara futsal. Abang pun main gak. Hai ... larat ker ..?








Tunggu bola la tu ..


Gaya abang bermain futsal ..










Pasukan abang hanya sempat main sampai peringkat suku akhir jer . Itupun abang dah pancit dah. Kakinya terseliuh. Petang hujan lebat, permainan pun tergendala pasal lampu padam. Guruh kuat betul. Kitaorang tak tunggu sampai habis permainan ... Terus balik dalam pukul 3.00 petang tu. Sampai kat rumah pun dah petang dah. Minggu depan penutup sukan. Tak boleh ikut la minggu depan ....



No comments: