Wednesday, July 15, 2009

Tentang Rumah Lagi ...

Petang tadi lepas balik dari Kuala Terengganu, singgah jap kat rumah adik aku. Saja nak tengok perkembangan pembinaan rumahnya.


bahagian depan rumah ..

ruang tamu

mungkin ruang makan kot ..


dapur ... memang luas


ruang keluarga ..




Ini perkembangan rumah aku lak. Banyak lagi yang tak siapnya. Memang tak sempat la nak duduk sebelum puasa. Frust betul la..




abang dan amir dok meninjau ..keadaan rumah



bahagian belakang rumah ...


ruang tamu ...


dapur ... kabinet tak siap lagi


toilet bilik utama



toilet kat luar


bahagian depan rumah



Hari Sukan tadika 2009...

Hari nie Amir main sukan kat Padang Tanjung Putat. Pagi2 lagi dia dah bangun. Bagus betul la. Hantar Along ke sekolah, dan lepas tu ambik Che Ngah dia kat Kuaters Guru.
Nabil, Damia dan Iman ikut sekali. Naik satu kereta. Maklumlah suami adik aku tu cikgu tak dapat cuti la. Sampai kat padang tengok orang agak ramai dah.
Amir main bawak bola ping pong dengan botol dan tarik upih. Reti ke Amir main yea ...


Amir & Geng

Ardini dan mamanya.


Perbarisan


Damia sedang berbaris .. kanak-kanak umur 4 thn ..





Bersemangat betul Amir mengibarkan bendera ..





Ibu bapa yang melihat permainan ....


Amir bersiap sedia untuk bermain


Bilalah nak mula nie .. amir dah tak sabar nak main


Yeah ... Amir mengatur langkah ..


Steady jer adik nie ..


Oppps ! .. jatuh la pulak ..






Nie acara menarik upih lak .....


Amir dah tak sabar tu ..

Alamak .. jatuh ker ..???



Amir menarik Ikram ...



Laju Mir ... Laju ...



Petang lak .. Abang ajak ke Kuala Terengganu. Katanya ada kerja, nak jumpa kawannya . Bertolak dalam pukul 2 petang lebih. Sampai ke perodua dulu. Baiki pintu kereta. Banyak masalah betul la pintu tu. Dah banyak kali tukar .. tapi asyik tak leh bukak juga.
Lepas siap , ke Giant sekejap. Apalagi shoping barang dapur jap. Kalau dah sampai kat sini .. tak sah kalau Amir tak membeli CD games nya . Dah bertimbun kat umah tu. Kali nie beli games Ultraman lak ..


CD games ..

On the way balik tu singgah kat Seri Wangsa. Acara makan-makan lagi la ...



Along makan ABC ..


Amir dan mee goreng basah memang tak dapat dipisahkan




Hari nie penuh jadual. Dari pagi sampai ke petang. Penat memang penat......

Ikan Bakar

Malam tadi kitaorang makan kat Warisan Pahlawan Seafood, di tepi sungai Kuala Berang, selepas jambatan menuju ke Gaung. Kali pertama kitaorang datang makan kat sini semasa elektrik tak ada. Terpaksalah makan dengan bertemankan cahaya lilin jer... romantis betul. Ikan bakar kat sini memang sedap. Malam tadi pun kitaorang makan ikan bakar lagi. Amir Iskandar yang memilih ikan ...


Hadapan Warisan Pahlawan Seafood



Ikan bakar ..... yummy ... yummy ..






Amir makan mee goreng basah ..


Amir dan fresh orangenya ..

Nanti kalau ada kesempatan datang lagi ke Warisan Pahlawan Seafood ..



Kejohanan Sukan


Hari khamis minggu lepas, sampai je kat rumah Abang suruh bersiap-siap pasal malam nanti bermalam di Muktafi Billah Shah. Hari jumaat abang ada kejohanan Sukan. Sampai kat rumah tamu di MBS pun dah hampir Maghrib. Malam nanti ada BBQ kat rumah kawan abang. Lepas Maghrib terus ke rumah kawan abang, tapi tak ada orang pun lagi. Makanan pun tak sampai lagi. Terpaksalah menunggu sekejap. Dalam pukul 9 malam barulah bermulanya acara membakar ayam , ikan dan sotong. Makan memang banyak dan sedap pula.


Keesokkannya dalam pukul 7 pagi bertolak ke Ketengah Jaya. Ada acara futsal. Abang pun main gak. Hai ... larat ker ..?








Tunggu bola la tu ..


Gaya abang bermain futsal ..










Pasukan abang hanya sempat main sampai peringkat suku akhir jer . Itupun abang dah pancit dah. Kakinya terseliuh. Petang hujan lebat, permainan pun tergendala pasal lampu padam. Guruh kuat betul. Kitaorang tak tunggu sampai habis permainan ... Terus balik dalam pukul 3.00 petang tu. Sampai kat rumah pun dah petang dah. Minggu depan penutup sukan. Tak boleh ikut la minggu depan ....