Monday, May 30, 2011

Hujung Minggu .....

Dah lama tak update blog. Sibuk memanjang sejak cuti sekolah ni.


Ini semua aktiviti pada 28.05.11



Along dan Amir dok sibuk memilih buku masa karnival buku di TTC. Kalau ikutkan diaorang semua buku nak dibeli. Ini pun dah puas pujuk, beli mana yang perlu sahaja.



Buku kegemaran Amir ... berkaitan dengan haiwan . Tengok tu dok asyik belek buku tentang haiwan. Jenuh menunggu dia ...



Dah penat melilau kat Karnival buku tu , apalagi kenalah menjamu selera. Amir nak makan Mc D .. kenalah ikut. Kalau tak buat perangai lak. Tak larat nak layan ....




Along ... bestnya minum ...



Semua benda Amir nak .... tengok penuh meja. Kalau tak dibelikan nanti merajuk pula.




On the way nak balik tu singgah kat kedai basikal. Sekarang kan semua orang dok gila naik basikal. Amir pun tak ketinggalan ... itu pun ada hati nak beli basikal fixie.



Ayah , Along dan Amir dok sibuk memilih basikal.... Ibu tunggu dalam kereta ajelah. Tak larat pasal panas sangat . Janji dengan Amir kalau dapat nombor 1 , 2 atau 3 masa exam nanti baru nak belikan basikal. Tapi janji tinggal janji ... tak sempat nak tahu keputusan exam , ayah dah belikan basikal. Nak buat macam mana ........



Ayah ... belilah motor ni ...



tak pun yang nie .....





No comments: