Tuesday, June 30, 2009

Bermalam di Sekayu

Minggu terakhir cuti sekolah baru-baru nie , aku sekeluarga , kakak sekeluarga dan keluarga mama serta anak-anak sedaranya bermalam kat Hutan Lipur Sekayu. Kami sampai dah petang pasal bekerja. Sampai kat rumah pun dah hampir malam. Sampai kat Sekayu , Mama dan Kakak dah ada.

Lepas solat maghrib buat persiapan untuk BBQ. Seronok betul tapi takut gak pasal hanya kami sahaja yang ada kat situ. Rumah sebelah kosong jer. Tak ada orang. Banyak betul makanan yang Mama bawak. Mama buat nasi goreng malam nie .. makan bersama-sama ayam . Best.



Keesokannya lepas solat subuh , buat persiapan untuk breakfast. Bihun goreng , roti dan macam-macam lagilah. Kanak-kanak tak bangun lagi pasal tidur lewat semalam. Dok bermain la tu.
Lepas makan masing-masing pergi ke air terjun. AKu tak nak mandi la .. sejuk .... Biar abang ngan anak-anak je la yang mandi.
Seronoknya mandi ..


Sejuk dah ke AMir?




Tengahari , orang bertambah ramai .. Rumah sebelah pun dah ada orang yang sewa. Kenapalah diaorang tak sewa malam tadi yea. Barulah seronok bila ramai orang. Kitaorang balik lepas makan tengahari. Abang nak solat Jumaat lak. Lagipun aku saki perut tak tahu kenapa... nak kata salah makan .. aku sorang je yang sakit perut. Huh .. penatnya .... walaupun hanya tidur semalam sahaja kat Hutan Lipur Sekayu nie .... Nanti lain kali kami datang lagi yea.


No comments: