Monday, May 26, 2008

Ulangtahun Perkahwinan ..

Hari ini 26hb Mei 2008 genaplah usia perkahwinan ku yang ke-7. Dah tujuh tahun aku melayari bahtera perkahwinan dengan orang yang aku sayang. Sekejap je rasanya masa berlalu. Bukti cinta kami .. lahirlah Amirah Fakhira dan Amir Iskandar. Anak-anak ibu yang tersayang.

Untuk abang ... terima kasih di atas segalanya ... Terima kasih memberi peluang dan ruang untuk ibu menjadi suri hati abang. Sesungguhnya ibu bertuah kerana memiliki abang. Abang sabar melayani karenah dan perangai ibu... I love you abang. Moga-moga kasih sayang antara kita berpanjangan buat selamanya ..

1 comment:

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.