Tuesday, September 25, 2012

Puteri Mandi

 
 
Aktiviti di hujung minggu bersama Amirah Fakhira membuat kuih puteri mandi berkuah. Resepi dicedok dari majalah Rasa. Resepi lupa la nak ambil.

Tuesday, September 11, 2012

Good Luck!

Hari nie pelajar tahun enam akan menduduki peperiksaan UPSR. Semoga dapat menjawab soalan dengan tenang. Good Luck semua!

Sunday, May 20, 2012

hadiah birthday tahun nie


 

tahun nie abang hadiahkan samsung galaxy tab. Thank you abang! Ingatkan abang dah lupa nak bagi hadiah. hehehe...Tahun depan jangan lupa yea!

Wednesday, May 09, 2012

Cameron Highland ~ 04.05.12~ PeTaNg

Aktiviti di waktu petang. Ke taman rama-rama dan ke MARDI ...














Monday, May 07, 2012

Cameron Highland ~ 04.05.2012 (pagi)









Cameron Highland ~03.05.12

Abang ada kursus di Cameron Highland pada 03.05.2012 hingga 05.05.2012. Kebetulan abang ke sana hari Khamis , so anak-anak pun terpaksalah bercuti sehari....

 Bertolak ke Cameron Highland pada pukul 10.00 pagi dari Kuala Berang. Melalui jalan Tasik Kenyir  dan Felda Aring. Jalannya ..Ya Allah banyak lubang-lubang. Pening kepala dibuatnya.










Sampai di Hotel Rossa Passadena lebih kurang dalam pukul 4.00 petang.

Thursday, April 26, 2012

Layan : Love Rain



Sekarang malam-malam melayan drama korean kat chanel 391 KBS ... Cerita Love Rain .... Best cerita nie ... Layan cerita nie pun pasal pelakonnya kacak ..hehehe... gatal betul la.








Wednesday, April 11, 2012

Berjumpa Alida, Ayumi dan Fiza kat Pantai Batu Burok

Petang tadi ..11.04.2012 balik dari opis, call kak su. Bertanya kat dia.... berada kat mana. Dah tahu hari nie Kak Su nak berjumpa dengan Alida pasal nak tukar buku Liana yang senget benget tu...

Thursday, March 29, 2012

Koleksi Novel : Isteri Separuh Masa dan Calon Jodoh untuk adik



Tengahari tadi Kak Na telefon. Bagitahu yang dia ada kat Kedai Buku. Novel Isteri Separuh Masa & Calon Jodoh untuk Adik dah ada. Apalagi .. terus bagitahu kat Kak Su. Dan..dan merempit ngan kak su ke kedai buku tu .... Akhirnya .. dapat juga novel nie. Menambahkan koleksi yang ada ...

Tuesday, March 27, 2012

Koleksi Novel :Cik Bunga dan Encik Sombong


Aku? Aku INTAN ASNIDAR. Mana cantik pun. Kulit pun ala-ala hangit. Kerja di kedai bunga dengan gaji cukup-cukup makan. Tak ada apa-apa yang istimewa tentang aku melainkan aku ada sebuah keluarga yang sangat bahagia.

Dia? Dia memang segak. Nama dia pun sedap, HARRIS ISQANDAR. Kalau sekali pandang mesti tak nak lepas. Kulit dia putih amat sampai mak ingat aku dah bawa balik orang Belanda masa aku bawa dia datang kampung aku buat kali pertamanya. Tapi tak kisahlah semua tu, tak penting sangat. Kemudian-kemudian nanti, rupa paras tu bakal duduk tempat keempat atau kelima.

Asal-asalnya, dia suruh aku jadi tunang terkejut dia sebabnya gadis yang sepatutnya jadi tunang dia pada hari tu sudah lari. Okeylah sebab satu hari saja, kira aku tolong orang dalam darurat. Tapi paling terkejut bila dia cakap,

“Okey Intan, mulai sekarang, awak adalah tunang dan bakal isteri saya. Sekiranya ada sesiapa kacau awak, tolong jangan berahsia dengan saya sebab kita bakal menjadi suami isteri. Suami isteri tidak boleh ada sebarang rahsia.”

Terkejut amat aku. Tapi sebelum tu mak dia, Datin Nora ada beri amaran kepadaku, “Jangan mimpi nak jadi menantu saya!”

Ah! Aku pun tak nak jadi menantu dia. Tak berminat langsung. Tapi sungguhlah kata orang, kalau sudah jodoh, tentu saja tak ke mana. Tinggal lagi, lama manakah rumah tangga tersebut bakal bertahan atau benarkah INTAN ASNIDAR itu hak milik kekal HARRIS ISQANDAR?


Birthday Amir Iskandar

29.02.2012 ..... birthday Amir Iskandar yang ke 8. Happy Birthday adik .




tokey yang bayar untuk birthday Amir kat KFC .. tq abang

beberapa hari sebelum tarikh 29.02.2012 ... amir iskandar menyambut birthdaynya kat KFC. Ini adalah disebabkan sepupunya Abang Hafiz tak ada pada tarikh 29.02 tu. Masa tu Abang Hafiz ke Labuan mewakili negeri Terengganu bermain ping pong.

amir iskandar dan sepupunya ..

khusyuk betul diaorang nie makan ...



Ayah dah berjanji dengan Amir untuk belanja kawan-kawannya bermain futsal sempena birthday Amir Iskandar. Bukannya kanak-kanak yang ramai ..... kawan-kawan ayah yang main sama . Budak-budak lawan dengan orang tua ..hehehe ....



gaya amir iskandar

Koleksi Novel : Sebenarnya Saya Isteri Dia



Sebenarnya Saya Isteri Dia ........

Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.

Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.

"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.

"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.

Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.

Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.

"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.

"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad

Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.

"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.

"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.

Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?

Beli novel nie pada 22hb Mac 2012. Koleksi terbaru novel ......
Dah habis baca novel SSID nie. Sebelum mengikuti dalam blog Zura Asyfar sahaja. Akhirnya dapat tahu jugak kesudahan ceritanya. Best sangat ....

Saturday, March 10, 2012

Salam Takziah ..

Salam takziah diucapkan kepada keluarga adik iparku , Norman Ibrahim di atas pemergian kakak tersayang Norhayati Ibrahim , abang ipar Norazman Ibrahim dan anak saudara Akif Iskandar yang terlibat dalam kemalangan maut di Kilometer 210.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampiran Gambang. Yang terselamat adalah anak bongsu mangsa iaitu Nur Rudiana Norazman.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka semua dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh .....


Keratan akhbar Harian Metro yang bertarikh 10hb Mac 2012



Dalam Kenangan ...


Kak Nor dan Abang Man


Akif Iskandar, Kak Nor dan Nur Rudiana


Semoga kalian aman di sana amin ....

Sunday, March 04, 2012

AWAS! Bila Hati Dah Sayang



Awas! Bila Hati dah Sayang
Oleh Tinta Biru
RM 23.00


Cinta hadir tanpa diundang. Sekeras mana pun kita cuba menolak namun perasaan itu tetap hadir dalam diri. Ikram nekad tidak mahu jatuh cinta lagi setelah kecewa dengan cinta pertamanya. Kehadiran Syafiqah berjaya membuka hatinya, namun ego membatasi segalanya. Dalam diam dia jatuh cinta, namun sukar melafazkan kata indah itu. Hanya gurauan menjadi pembual bicara.

Novel nie baru buka plastik. Belum habis baca lagi. Tapi setakat ini best juga ceritanya......

Le Tour de Langkawi 2012




04.03.2012

Tengahari tadi pergi ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu. Melawat ayah mertua yang berada di wad 8A. Ayah masuk hospital dah 4 hari. Sakit paru-paru berair dan suspek kanser.

Pukul 2.00 petang lepas habis waktu melawat. Pergi lepak kat Pantai Buruk pasal nak tengok Le Tour de Langkawi. Seronok juga bagi sokongan kat diaorang semua nie.