Tuesday, September 15, 2009

Pergi Tak Kembali .....


Hari selasa 01.09.09 , lepas sembahyang maghrib dok rileks jap tengok tv. Tiba-tiba abang bagitahu yang adik aku Fatin call , bagitahu yang ayah rebah kat masjid. Kami pun bergegas ke kampung, tengok ayah dah tak sedar. Abang ngan mak bawa ayah ke hospital. Aku balik ke rumah dulu ambik dompet ayah.
Aku ke hospital bersama-sama ngan Tie kebetulan suaminya ada hari ni pasal mak dan ayahnya baru balik umrah hari nie. Lama gak tunggu kat kecemasan Hospital Kuala Berang. Abanag kata doktor ada tanyakan dia , dah berapa lama ayah tak sedar? Pasal ayah dah berpeluh-peluh masa tu. Ayah kena serang stroke. Hampir pukul 12 malam barulah ayah dimasukkan ke wad. Sebelum balik tu belikan mak makanan untuk bersahur .
Keesokkan pagi Fatin bagitahu yang ayah akan dihantar ke Hospital Nur Zahirah Kuala Terengganu. Fatin dan mak naik ambulan bersama-sama ayah. Sedih sangat tengok ayah ... bernafas pun pakai oksigen. Aku dah mengalir air mata tengok ayah masa nie.
Pukul 1.00 tengahari barulah ayah dimasukkan ke wad 7EF. Ayah masih tak sedar. Mak yang tunggu ayah. Ateh yang kerja kat Putrajaya balik ambil flight pukul 12.50 t/hari. Malam tadi dah mesej kat dia masa ayah dimasukkan wad kat Hospital Kuala Berang. Nasib baik bos dia benarkan dia balik.
Petang aku terpaksa balik ke rumah dulu .. pasal kat rumah abang pun tak ada orang. Mak ajelah yang tunggu ayah kat wad.
Hari khamis aku ajak Fatin pergi sekali ngan aku. Pasal aku nak masuk opis kejap. Settlekan bayaran kepada sahabat dulu. Fatin terus ke hospital hantar baju mak. Fatin bagitahu malam tadi doktor ada call bagitahu yang keadaan ayah tenat. Aku , lepas settle kerja minta tolong Kak Wati hantarkan ke hospital. Sebak rasa hati tengok keadaan ayah. Masih tak berubah. Dalam hati aku rela lepaskan ayah daripada dia menderita. Mak kata ayah akan dimasukkan ke icu tengahari nanti.
Petang tu aku suruh semua adik-adik datang ke hospital untuk tengok keadaan ayah. Kat icu tu hanya dua sahaja yang boleh masuk. Bergilir-gilir la. Dalam pukul 6.20 petang tu .. aku turun ke bawah pasal nak ambik baju mak dalam kereta. Tiba-tiba Yan call dia suruh aku naik sekejap kat atas. Aku dah syak ... masa tu aku dah tak boleh berdiri dan tangan pun terketar-ketar. Aku call abang suruh abang naik. Aku dah menangis dah masa tu ....
Akhirnya ayah pergi meninggalkan kami pada 6.35 petang hari khamis 03.09.09 bersamaan 13 Ramadhan 1430H pada usia 63 tahun. Masa tu dah tak fikir langsung nak berbuka. Minum pun air mineral jer. Jenazah ayah dibawa balik ke rumah pada malam tu juga.
Jenazah ayah ditanam selepas solat Jumaat. Sedang ayah dimandikan , semua adik beradik dipanggil untuk melihat ayah buat kali terakhir. Aku lihat wajah ayah tersenyum dan mukanya pun bersih jer. Kak Nah anak saudara ayah yang mendahului mencium ayah .. dan seterusnya kami adik beradik. Sejuk jer .. rasa masa cium ayah buat kali terakhir .....
Mak bagitahu .. masa arwah ayah rebah selepas ambil wuduk kat masjid tu .. hatinya dah terdetik ... mungkin ayah akan pergi di bulan Ramadhan nie .. pada mak ayah pun meninggal pada bulan ramadhan ... petang melihat anak bulan .. bapa-bapa saudara ayah pun meninggal di bulan ramadhan gak.
Adik ada bagitahu yang ayah pernah berkata ... sempat ke tidak dia habiskan ramadhan tahun nie .. rupa-rupanya dia macam dah tahu ....
Raya nanti ... kami tak dapat mengucup tangan ayah .. dan memohon ampun dan maaf daripadanya ........ Moga-moga roh ayah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Al- Fatihah untuk ayah ...... kami semua sayangkan ayah ..