Friday, August 14, 2009

Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman

Hari rabu baru nie aku terpaksa mengambil cuti ganti memandangkan tidak ada orang hendak Amir Iskandar naik bas kat sekolah tadika batu 23. Oh ya ..lupa nak beritahu Amir Iskandar mengikut rombongan kanak-kanak tadika ke Mini Zoo Kemaman. Ibu tak boleh ikut pasal tak bagi nama kat guru tadika Amir. So Ibu hanya menghantar Amir je la.
Pagi tu untuk ke tempat menaiki bas , tumpang Mamat, ayah Mawaddah. Abang tak boleh cuti, ada meeting lak. Sampai kat tadika tu , tengok ramai gak ibu-ibu yang ikut serta rombongan kanak-kanak tadika nie. Seronok gak kalau boleh ikut sekali. Cikgu Ti bagitahu ayah Irfan pun ikut sekali tapi ngan kereta, aku pun apalagi , terus tanyalah ngan Abang Kamal... he ... he .. boleh ikut gak.


Sampai kat zoo dalam pukul 11.oo pagi. Cari Amir , dah tak ada ... berjalan ngan cikgunya agaknya. Berjalan-jalan ajelah kat dalam zoo nie ... tak jumpa gak Amir . Tunggu kat pondok ... ternampak Amir ngan cikgu nya ...

Amir sedang melihat ... angsa ..

Tengok memerang ...


Amir .. tengok ikan naga .. katanya ada keluar api kat mulut ikan nie . Betul ker ..???


Tengok ikan naga lagi ....



Kat sangkar burung ...

bergambar beramai-ramai sementara menunggu bas

Lepas keluar zoo ... pergi makan tengahari kat Telaga Simpul. Makan bekalan yang dibawa oleh ibu-ibu yang mengikuti rombongan nie ... seronok gak makan kat tepi pantai nie ...




kanak-kanak ... jumpa playground ..seronok ah ..



amir dan kawan-kawan kat tepi pantai



buat apa tu dikk ...??




Saturday, August 08, 2009

Cross stich ....

Hari nie hajat di hati nak jahit manik kat baju. Memang dah siap beli manik , tapi balik kat umah .. jarum lak tak ada ... hampeh betul la .. Selongkar punya selongkar jumpa la kotak kasut aku yang mengandungi cross stich . Sebenarnya dah lama aku buat cross stich nie ... kalau tak silap aku ... tahun 1999 lagi ... masa nie aku dok bujang ngan shidah kat KL. Memang lamalah masa yang diambil untuk siapkan cross stich nie .. dah 10 tahun dah .. tapi tak siap-siap jugak... Yea lah daripada zaman aku belum kahwin , sehinggalah sekarang anak dah dua .. tapi tak siap lagi jugak. Yang shidah punya dah lama siap. Hmmm ... sekarang aku nak sambung balik la buat cross stich aku nie.

Masa bujang dulu .. kalau boring tak ada kerja nak buat , aku pun ikut shidah la buat cross stich nie .. dia la yang ajar aku ... Teringat lak .. zaman dok menyewa ngan Shidah kat Kuala Lumpur dulu. Malam-malam kami buat lah cross stich nie sambil menyembang .... Seronok jer masa tu .. berlumba nak siapkan cross stich nie .. tapi yang pastinya .. yang shidah punya dah gantung kat rumahnya ... tapi yang aku punya ... tengoklah sendiri ....




Tak apa shidah ... mulai hari nie .. Klynn akan cuba siapkan gak cross stich nie .. nak buktikan kat awak yang klynn berjaya siapkan ... he .. he .. he .. Semangat nie ... mudah - mudahan siaplah .. dan nanti aku boleh gantungkan kat rumah baru aku ........

Friday, August 07, 2009

Karnival Usahawan - Day 3

Hari nie hari terakhir karnival. Tak sabarnya nak balik .. rasa dah lama tinggal anak-anak ... Hari terakhir nie .. tak banyak aktiviti .. Pagi ... ada senamrobik .... ikut ajelah sekejap . Nak aerobik camner .. aku pakai kasut tumit tinggi ...

bersama budak-budak PKMB Kuala Trg ..

Berlakon je Linda ngan Sal nie .. betul ke bersenam ...? tak keluar peluh pun ...

Eleh ... Sal nie posing jer lebih ........ bukan bersenam betul2 pun ..


bergambar bersama bos selepas bersenam ...


Acara wajib ... posing ...

amacam ... macam model kalendar tak ..????


kanak-kanak riang ....????? ....


Tak dapat pun cabutan bertuah .. hamper nie pun .. hamper untuk wilayah ...



Karnival Usahawan Ikhtiar - Day 2

Hari kedua karnival ...

Pagi nie kami berjalan kaki jer kat tapak karnival memandangkan kami stay kat Hotel Yin Tin Midtown .. dekat jer la .. Hari nie ada perasmian .. oleh Dato' Amihamzah pengerusi Lembaga AIM .

On the way nak ke karnival .. apa2 hal pun posing dulu .. layan ..
breakfast ....... perut kena isi dulu ..

Pantang jumpa kamera .. posing jer kerjanya. Masa nie dok tunggu untuk baca ikrar sementara menunggu ketibaan Dato .....



para pembaca ikrar ...




anak-anak dara berposing .. marah betul .. tak diajaknya aku ....
Hari nie agak penat ..ramai orang yang datang. Dan tugas kami kena kira kupon. Dalam pukul 5.00 petang diaorang pergi kutip kupon kat gerai yang menjual makanan. Aku dan Sal hanya menunggu untuk mengira jer ... Balik lambat ke bilik ...
Malam dok mengira kupon kat dalam bilik sambil menonton citer NUR KASIH ... he.. he .. he .. carilah alasan kononnya nak kira kupon. Pukul 11.00 malam baru siap mengira kupon .. Bersiap-siap ke tapak karnival lak. Malam nie ada persembahan dikir barat oleh Cikgu Sulizi ... " AMbo Raso Berkene " ...




Wednesday, August 05, 2009

Karnival Usahawan Ikhtiar 2009 - Day 1

Karnival Usahawan Ikhtiar 2009 pada 30 , 31 & 1 Ogos 2009 bertempat di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu. Dan kami kakitangan Wilayah telah dilantik sebagai AJK bahagian makanan. Hari pertama nie tak banyak sangat la aktiviti yang di jalanjkan. Cuma pagi tu ada soft lauching oleh PU Puan Hajjah Zabidah Ismail.

menuju ke tapak karnival

sebahagian hamper untuk cabutan bertuah

Jam 10.00 pagi lak, kami tolong pelatih UUM handle treasure hunt. Seronok tengok gelagat sahabat-sahabat. Tugasan terakhir diaorang kena menggunakan kretiviti diaorang untuk membuat pakaian daripada surat khabar lama .. Macam-macam telatah yang dapat dilihat.


Antara fesyen pakaian yang dibuat oleh sahabat.

Aku dan Sal .. pantang jumpa kamera ... apalagi .. senyum ...


bergambar kenangan bersama pelatih UUM dan Staff koperasi


Posing lagi ...



Sebahagian kakitangan Wilayah