Tuesday, June 30, 2009

Sempena Hari Bapa ..

Aku dan adik aku Yan berpakat untuk celebrate hari bapa. Kami berpakat untuk belanja abang ngan Man iaitu suami masing-masing la. Hajat di hati nak makan ikan bakar kat Bukit Diman , tapi dah lewat. Kalau pergi pun ntah ada ntah kan tidak pasal kat situ memang ramai orang.

Ikan masak stim ....

Damia dah tak sabar nak makan ker ...?

Menyelerakan ..

Amir dah mengantuk ker ..??

Ardini dengan senyuman yang menggoda ...


Bermalam di Sekayu

Minggu terakhir cuti sekolah baru-baru nie , aku sekeluarga , kakak sekeluarga dan keluarga mama serta anak-anak sedaranya bermalam kat Hutan Lipur Sekayu. Kami sampai dah petang pasal bekerja. Sampai kat rumah pun dah hampir malam. Sampai kat Sekayu , Mama dan Kakak dah ada.

Lepas solat maghrib buat persiapan untuk BBQ. Seronok betul tapi takut gak pasal hanya kami sahaja yang ada kat situ. Rumah sebelah kosong jer. Tak ada orang. Banyak betul makanan yang Mama bawak. Mama buat nasi goreng malam nie .. makan bersama-sama ayam . Best.



Keesokannya lepas solat subuh , buat persiapan untuk breakfast. Bihun goreng , roti dan macam-macam lagilah. Kanak-kanak tak bangun lagi pasal tidur lewat semalam. Dok bermain la tu.
Lepas makan masing-masing pergi ke air terjun. AKu tak nak mandi la .. sejuk .... Biar abang ngan anak-anak je la yang mandi.
Seronoknya mandi ..


Sejuk dah ke AMir?




Tengahari , orang bertambah ramai .. Rumah sebelah pun dah ada orang yang sewa. Kenapalah diaorang tak sewa malam tadi yea. Barulah seronok bila ramai orang. Kitaorang balik lepas makan tengahari. Abang nak solat Jumaat lak. Lagipun aku saki perut tak tahu kenapa... nak kata salah makan .. aku sorang je yang sakit perut. Huh .. penatnya .... walaupun hanya tidur semalam sahaja kat Hutan Lipur Sekayu nie .... Nanti lain kali kami datang lagi yea.


Makan - Makan

Tak ingat bila ambik gambar nie. Tapi layan ajelah. Macam nielah kalau dah lama tak update blog. Gambar pun bertimbun. Permintaan Amir Iskandar la nie nak makan kat A&W Batu Burok. Ayah gak yang kena belanja ... he ... he ... he .. jangan marah yea bang .. nanti kena jual ..

Sedapnya aiskrim nie ..



Adik tak nak bagi ngan Along wafer tu ..

Eiiiii .... bestnya .

Along & aiskrimnya .

Pertandingan Mewarna Sempena Sukan Rakyat

Amir Iskandar , Muhammad Nabil Mukhlis dan Nur Damia Nazirah masuk pertandingan mewarna lagi. Kali ini sempena Sukan Rakyat pula. Mula-mula tu Amir Iskandar tak nak pergi. Tapi selepas Nabil dan Damia datang kat rumah, nak pulak dia mengikut. Terpaksa memujuk. Sampai kat Dataran Kuala Berang orang dah ramai dah. Cari Cikgu Tie , cikgu tadika Amir. Diaorang masuk pertandingan mewarna dah la.. yang sebenarnya Amir masuk pertandingan makan buah epal , tapi dia tak nak. Suruh dia masuk pertandingan mewarna dah la ..


Damia asyik melihat orang. Bukannya mewarna pun ..

Tekunnya Amir mewarna ...

Bengkel Cuti Online

Bengkel cuti online dikendalikan oleh Kak Yana dan Kak Liza dari Unit Perjawatan HQ. Bertempat di Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu. Banyak juga la yang dipelajari hari nie. Lepas nie kalau nak apply cuti tak payah guna borang dah .. apply online jer .. Kena masuk internet nanti bila duduk rumah sendiri. Sekarang nie .. aku guna line internet adik ipar aku .. kalau dia tak bukak .. tak dapat la aku guna ...

semasa bengkel

Makan tengahari ..

Sempat lagi posing .. masa nak pergi makan


Kat ruang makan di Hotel Seri Malaysia , di tepi sungai

Posing lagi ....


Monday, June 15, 2009

Perkahwinan Ateh

Fuh lamanya tak mengupdate blog aku nie. .. sibuk sikitlah sekarang. ... menyiapkan laporan kewangan. HQ bagi dateline 15hb kena hantar .. Hari Sabtu pun pergi kerja gak .. nak buat camner .. Kat bawah nie aku uploadkan gambar-gambar sekitar perkahwinan Ateh ... pada 06.06.09 baru nie. Selamat pengantin baru .. dan semoga berkekalan buat selamatnya ...







hantaran .. kerja tanganku ..


sebahagian hantaran ... hasil kerja tangan ku ..



ambik gambar lepas akad nikah .. dah sah menjadi suami isteri



dah lepas akad nikah ... selamat dah ..



sekitar majlis akad nikah


Wednesday, June 03, 2009

Peraduan Mewarna dan Persiapan Kahwin Ateh

Hari nie .. Amir Iskandar , Amirah Fakhira, Muhamad Nabil Mukhlis dan Nur Damia Nadhirah ada pertandingan mewarna kat Pejabat Kemas. Dalam pukul 9.00 pagi sampai kat Pejabat Kemas tu . Kanak-kanak lain dah mula mewarna dah.


Aksi-aksi mereka semasa mewarna.



Bergambar beramai-ramai selepas penyampaian hadiah.
Tengahari .. lepas habis program mewarna tu terus balik ke rumah mak aku. Banyak perkara yang perlu dibereskan. Hari nie buat gubahan hantaran untuk perkahwinan Ateh pada 06.06.09 nanti. Ateh pun semalam baru sampai dari Putrajaya naik flight.

Sebahagian gubahan hantaran yang sempat buat.



Pelamin pun dah siap dipasang.