Thursday, April 30, 2009

Happy Birthday To Me ...

Balik kerja petang tadi , abang kata nak ke Kuala Trg ..pasal nak belanja sempena birthday ibu ... Bawak anak-anak sekali la .. Lepas maghrib terus kitaorang bertolak. Along dan Adik tidur jer sepanjang perjalanan ... Mula-mula tu Along kat nak makan kat Mc Donald tapi tak ada parking lak . Lepas tu abang pergi lak ke Restoran Nil kat Pantai Batu Burok , tapi tengok orang punyalah ramai .. dan masing-masing tak dapat makanan lagi .. So cancel la.
Lastnya pergi makan kat KFC kat Hospital Sultanah Nur Zahirah ajelah ... Kat sini pun orang ramai gak . Tapi tak apalah .. tak ambik masa yang lama walaupun orang ramai. Lepas makan terus balik rumah . Dan sampai kat rumah dalam pukul 11 malam. Penatnya ..........
Terima kasih kepada yang wishkan aku happy birthday tu ......... Masih ada yang ingat rupanya ...
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Happy birthday to me .. yang ke .... ? Biarlah rahsia .. Birthday aku kali disambut sekali ngan majlis perpisahan Ziera dan Rosni (budak-budak pelatih UUM). Lepas nie jadi penganggur terhormat la diaorang.
Agak meriah jugak majlis nie macam-macam yang ada ... Kak Mah masakkan sup , kak wati masakkan spagetti , aku bawak puding dan Linda buat coktail .. Hmm bestnya. Dan kali nie yang pi beli kek adalah kak su dan Sal. Untuk birthday aku nie .. aku tak sempat nak pi beli pasal sibuk sangat. Kali nie ..beli kek Chocolate Strawberry kat Secret Recipes .


Memang pantang jumpa kamera .. asyik posing jer ..

Bersama kawan-kawan ...

Hmm ... sedapnya kek nie .....


Posing lagiii ...

Kek Chocolate Strawberry .. yummy .. yummy ..


Saturday, April 25, 2009

Hari Potensi Kanak-kanak Tabika Kemas

Hari ini bertempat di Pusat Komuniti Pulau Bahagia telah berlangsung hari Potensi Kanak-kanak Tabika Kemas peringkat Hulu Terengganu.

Hari nie Amir Iskandar bangun awal la ..pasal pukul 7 pagi dah berkumpul di Kuarters PDRM. Amir Iskandar ngan Nabil naik kereta Cikgu nya la. Dan kami just ikut je la diaorang dari belakang.
Amir dan Nabil anak adik aku ... masuk acara .. geraktari . Amir jadi kelopak bunga dan Nabil jadi pokok. Kelakar betul tengok diaorang.

Sekitar perbarisan..

Amir dan kawan-kawan

Exora

Minggu lepas abang ajak pergi tengok kereta proton yang baru .. Exora. Kami pergi tengok kat proton Bukit Kecil. Sempat lagi tu .. Abang cukup berkenan ngan Exora nie.. tapi .. bajet tak cukup la . Rumah pun tak siap lagi ... Macamanalah .. nak beli kereta baru lak kan ... Sabar bang ... Ada rezeki lebih, boleh la beli satu ...

Cantik kan .. Exora nie .

Friday, April 03, 2009

Rumah Oh RumaH 3

Progress rumah .. belum dipasang atap ..


Dah dipasangkan atap ..tapi belum siap sepenuhnya ..


Pandangan sisi ...


Ini progress dalam minggu ni ... tapi masih belum siap sepenuhnya .. pasang atap. Harap-harap dapatlah tinggal kat rumah nie sebelum puasa ... Nak rasa la jugak .. macamana puasa kat rumah sendiri kan.




Ke Pasar Tok Bali

Hari Jumaat minggu lepas .. abang , aku , kakak, abang din , along , amir iskandar dan aku ke Tok Bali. Kami bertolak ke sana dalam pukul 3 petang dan sampai kat Tok Bali dalam pukul 5 , singgah solat asar kat masjid jap sebelum ke Pasar Tok Bali. Mula-mula tu nak ke LKIM .. pasal Kak Nun kata kat situ lagi banyak ikan .. tapi masalahnya tak jumpa ... So . ambik keputusan just pi ke Pasar Tok Bali ajelah ..
Sampai kat situ .. seronoknya tengok .. ikan punyalah banyak .. dan segar-segar lak. Sampaikan abang pun rambang mata .. tak tahu nak beli yang mana. Sebelum tu turun kat jeti dulu .. tengok orang dok memunggah ikan .. daripada bot . Dan ada gak bersiap-siap nak turun ke laut . Suka tengok gelagat orang ...
Banyak gak ikan yang diborong oleh abang dan kakak .. nasib baik bawak tong ..untuk mengisi ikan. Lagipun abang dah beli ais siap-siap. Abang habis dalam RM 100 beli ikan dan kakak lak habis dalam RM 200 . Memang minggu nie .. makan ikan , udang dan sotong ajelah .


On the way balik tu .. singgah makan sate Jabi ( Kedai Sate Lanang) . Punyalah ramai orang. Nak cari tempat duduk pun terpaksa menunggu dulu. Memang sedaplah satenya.

Lepas makan barulah berangkat balik. Sampai kat rumah dalam pukul 10 malam. Balik tu .. terus menyiang ikan ... pukul 12 lebih gak ler .. baru siap. Huiihhh penatnya .... Dan minggu nie .. minggu ikan sedunia .. he ..he ..he

Acara Makan-MakaN LaGi ..

Dua minggu lepas kakak ajak abang ke rumah Pak Mat (tukang rumah). Pasal Abang Din suami kakak ingin berbincang pasal harga upah untuk membuat rumah. Agak lama dok kat umah Pak Mat tu. Iyealah .. pasal nak tetapkan harga upah yang akan diambil oleh Pak Mat .. sebelum nak pergi jumpa peguam untuk buat agreement kan.

Lepas selesai berbincang ngan Pak Mat tu .. Amir Iskandar ajak ke KT. Adalah tu .. katanya nak ke Mydin Mall . Namun memandangkan dah nak masuk maghrib .. kenalah pi solat dulu.. kat Masjid Ladang. And then .. apalagi .. acara makan-makan la. Kami pi makan kat Restoran Nil kat Batu Burok kali nie ...

Abang Din order ikan masak tiga rasa , tom yam , kailan masak ikan masin dan telur dadar. Hmmm ... bestnya . Along ngan Adik lak ... siap order air tembikai lagi . Tapi diaorang pandai .. Ibu ngan ayah disuruhnya order air suam jer ..... alahai anak .


Amir Iskandar dah tak sabar nak makan tu ...