Saturday, February 21, 2009

Friday, February 20, 2009

Balik kampung .

Pagi tadi lepas breakfast, bertolak balik ke Terengganu. Abang mengantuk , dia mintak aku bawak kereta bila masuk highway, iyelah .. aku kalau jalan lurus tu aku boleh la bawak, kalau jalan sibuk maunya gabra gak aku dibuatnya. Aku drive sampai maran. Lepas tu abang bawa semula kereta dan singgah kat Kuantan jap. Singgah ke East Coast Mall tapi tak beli apa pun, tak ada yang berkenan di hati. Lepas tu ke Mega Mall.


Amir Iskandar nak makan pizza. Kenalah ikut kehendak dia kalau tidak maunya mengamuk kat situ. Lepas makan pergi ke Parkson abang beli kasut dan seluar untuk dirinya. Aku beli kasut jer kat Vincci. Itupun abang yang bayarkan. Terima Kasih abang yea ..

Sampai kat rumah hampir-hampir pukul 6.00 petang. Penatnya .....

Jumpa Kawan ..

Abang lepas habis kursus petang tadi, terus ajak ke Putrajaya. Nak jumpa Mudin, kawannya dan kawan aku gak. Kawan sekolah aku masa kecik-kecik dulu. Mula-mula Mudin kata dia tunggu kami kat Presint 9B. Sedangkan kami masa tu berada kat Petronas di Presint 9D. Cari punya cari tak jumpa. Akhirnya buat keputusan jumpa kat depan Masjid Putra. Tempat yang paling senang nak cari. On the way nak ke sana tu , sempat lagi la menyinggah untuk posing. Amir Iskandar nak ambik gambar kat air pancut kat bulatan depan Jabatan Akauntan Negara. Dia memang suka tengok air pancut. Nak ambik gambar kat situ , kenderaan agak sibuk. So ambik gambar kat bangku di tepi jalan nie ajelah.Sementara menunggu Mudin, sempat gak la berposing kat depan Masjid Putra nie. Aku datang ke sini ngan kekawan lebih kurang 9 tahun yang lalu. Lagipun masa ke sini masa treasure hunt hari tu tak sempat nak posing kat sini.

Naik kereta Mudin dan kereta kami tinggal kat Masjid Putra.Ambik Ateh kat Presint 9C dan terus gi makan kat Presint 9F kalau tak silap aku. Lepas hantar Ateh , kami ke Alamanda sekejap.. and then terus balik ke Residen Uniten. Penatnya.. esok nak balik ke kampung lak.

Thursday, February 19, 2009

Putrajaya ...

Petang 17hb tu , lepas abang habis kursus kami ke Putrajaya. Nak jumpa Ateh , adik aku yang baru lapor diri kat JPM. Masih dok kat rumah transit pasal belum dapat rumah sewa. Petang tadi dia bagitahu yang ditempatkan di BPR ,bahagian kewangan. Pusing-pusing cari rumah Ateh akhirnya berjumpa gak. Itupun tanya orang kat petronas. Ambil Ateh di rumahnya dan terus ke rumah Kak Timah kawan mak aku di Presint 8. Adik abang , Pok Ndah pun datang gak ke sini. Kebetulan Pok Ndah ada temuduga kat KL.

Amir Iskandar memang pantang jumpa kucing. Lihatlah gambarnya bersama kucing yang ada di rumah Kak Timah tu. Ayah ngan anak memang suka kucing. Ibu jer yang takut ngan kucing.

Wednesday, February 18, 2009

Ke Kuala Lumpur ..

Abang ada kursus dari 17hb hingga 19hb Februari di IOI Resort. Aku pun ikut sekali. Hanya Amir Iskandar je yang dibawa kerana Amirah bersekolah. Amirah ditinggalkan di rumah mak aku. Kesian Along.Kami bertolak pada pukul lebih kurang 3.00 petang 16hb tu. Sampai tu ke Putrajaya dulu . Lepak kat depan Masjid Putrajaya sekejap. Dalam pukul 11.00 malam barulah sampai ke Residen Uniten. Penatnya.

Amir & Ayah di hadapan Masjid Putrajaya

Putrajaya


LPT




Makan-makan

Balik kerja petang tadi, abang ajak makan kat kedai Selasih . Katanya lapar. Aku pun apa lagi setuju ajelah . Balik umah nanti tak payah fikir nak makan apa. Anak-anak tak ambil lagi kat rumah mak aku. Kalau ajak diaorang sure tak boleh makan. So kami makan berdua ajelah.

Nasi goreng usa
Nasi paprik


Tuesday, February 17, 2009

Majlis Makan Malam



Majlis Makan Malam bersama Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar , Datuk Maznah Mazlan telah diadakan pada 14hb Februari 2009 bertempat di Grand Continental Kuala Terengganu. Majlis diserikan dengan persembahan Dikir Barat oleh Cikgu Sulizi.

Saturday, February 14, 2009

Zwani

zwani.com myspace graphic comments
Graphics for I Love You Comments



Untuk abang .. I love you abang ..

Sunday, February 08, 2009

JaLaN-JaLaN HuJuNg MinGGu ...

Petang tadi Yan ajak ke Bandar Kuala Terengganu. Dia nak belanja makan kat KFC. So apalagi .. budak-budak nie seronoklah dapat jalan-jalan. Amir Iskandar dok ajak ayah pi ke Mydin Mall.. sure ayah tak nak pasal .... dah tahu perangai dia .. macam-macam yang ndak dibelinya kalau dah ke sana .. so .. jalan yang paling selamat .. baik tak payah pergi ..

Along yang rajin melayan sepupunya .. Ardini makan
Nur Ardini Nadirah

Balik tu singgah sekejap kat rumah Pak Mat .. kat Padang Mengkuang .. abang pergi hantar pelan rumah kat sana. Amir Iskandar pulak ..dapat kucing baru .. wife Pak Mat yang bagi .. apalagi .. seronoklah dia.Amir memang sukakan kucing .Maklumlah ..kucingnya yang bernama Snow White dah hilang entah ke mana.

Friday, February 06, 2009

Handphone baru ..

Handphone abang ... rosak .. terendam dalam air. Oleh kerana handphone dah rosak , kenalah beli handphone baru... Sony Ericsson K770i ..

Inilah gambar-gambar yang diambil menggunakan handphone baru tu ... he .. he .. he ... jangan mare bang nanti belikan satu untuk ibu yea ...

Buku sticker Amirah Fakhira... dah tak ada kerja la nie ..

Happy Birthday ..!!


Happy birthday abang .. yang ke 36 tahun pada 01.01.09 baru-baru nie .. Tak sempat nak buat majlis pun pasal ... tengahari baru sampai ke rumah. Majlis Anugerah Khidmat Cemerlang tamat dalam pukul 11.00 pagi. Sampai kat Kuala Terengganu... jalan jammed .. so .. abang malas la nak pergi ke kedai kek ... Kek yang ada nie pun ..beli kat Kuala Berang jer ...


Kek yang sempat dibeli untuk abang ..


Anugerah Khidmat Cemerlang Wilayah

Anugerah Khidmat Cemerlang peringkat Wilayah Terengganu telah diadakan pada malam 31hb Disember 2008 bertempat di Bukit Keluang Beach Resort Besut. Kiranya countdown untuk new year terus la nie ...

Staf-staf Pejabat Wilayah Terengganu ..

Pertandingan Ratu Cantik ker ..??? .. tapi kenapa ada jejaka yang menumpang sekaki..?

Di akhir majlis .. ambil kesempatan untuk berposing

Berposing sementara menunggu penceramah datang

Aku, Kak Wati & Kak Mah