Sunday, December 27, 2009

Ke Kota Bharu






senaman punggung















Dalam perjalanan balik .. singgah makan kat Chef's Restaurant kat Pengkalan Nyireh , Besut.




Makan-makan ....

amir dan firdaus ..

















Anak saudara ...

Anak saudara baru dilahirkan pada 09.12.2009 .. di Hospital Sultanah Nur Zahirah. Diberi nama Muhammad Fawwaz Mustakim .......


Fawwaz dan buka mata ....

nyenyaknya Fawwaz tidur ..


Raya Korban 2009

Raya korban tahun nie .. aku berkorban .. seekor lembu nie .. hanya adik beradik kami jer.... Tak buat makan-makan pun ... cuma bahagikan sahaja daging nie ...


lembu dah selamat disembelih




posing dulu ...




Wednesday, November 25, 2009

Selagi Ada Rindu .....


Pak Long - Selagi Ada Rindu


Selagi ada bulan mentari
Selagi ada berkasihani
Selagi ada bulan dan bintang
Selagi ada berkasih sayang
Selagi ada ombak dan laut
Selagi hatiku terpaut .....

Selagi ada turunnya hujan
Selagi ada rahmat Tuhan
Selagi ada langit dan bumi
Selagi cintaku bersemi .....


Selagi ada waktu
Selagi ada rindu
Biar beribu batu
Ingin aku bertemu ....



Oh kasih damailah ....
Engkau di sana
Ku berdoa pada tuhan
Agar kau bahagia ......





Best ar dengar lagu nie .. walaupun dengar berulang kali .. yang best kat lirik ... "selagi ada waktu , selagi ada rindu ... biar beribu batu .... ingin aku bertemu ..." ... orang tak faham .. aku rindukan arwah ayah aku sebenarnya .. walaupun jauh terpisah .. namun yang pasti aku tetap merinduinya ... sehingga kini ..... Semoga rohnya dicucuri rahmat .....


Tuesday, November 24, 2009

Aktiviti Hujung Minggu

acara menjala ....




Hari jumaat baru nie .. adik aku suruh buatkan dia roti jala. So aku kenalah buatkan .. pasal dia pregnant nanti kesian lak anak dia , takut kempunan tak sempat nak makan roti jala.
Start menjala dari pagi , tengahari sebelum abang pergi solat jumaat aku suruh dia hantar .. pasal nak balik rumah mak aku .. hantar roti jala nie la ...
Licin .. habis .. Along dok merungut dia tak sempat nak makan .
Keesokkannya .. terpaksa aku menjala pula memandangkan Along kata dia tak sempat makan semalam .. banyak jugak buat hari nie pasal ramai anak buat yang lepak kat rumah .. rumah aku ni dah jadi pusat lepak diaorang .. main ps2 ..
Dan ... hantarkan ke rumah mak sedara abang sikit .. roti jala nie. Puas hati betul menjala ...


Jamuan Birthday Along ...

Kek ni Mak cik Na yang beli .... (mak hafiz)



Birthday along kali ni buat pada 13.11.09 hari Jumaat bersempena ngan birthday Hafiz .. kira buat sekali la birthday along ngan Hafiz.

Jemputan mula datang lepas asar ..pasal buat kenduri tahlil untuk arwah ayah dan arwah abang ngah sekali ...

Ramai gak yang datang .. kali nie cuma tempah aje makanan .. tak larat nak memasak ... lagipun tak ada orang yang nak masakkan .....
Aku pun cuma sempat buat roti jala dan puding jer ...... tak larat nak masak banyak2 .. tambahan pun hari hujan kan ...
Apa2 pun ... selamat hari lahir buat ALong dan Hafiz ... semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki ....


Wednesday, November 11, 2009

Happy Birthday !!



Happy Birthday Amirah Fakhira yang ke 7 tahun pada 10.11.2009. Semoga anak ibu menjadi anak yang solehah .... dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki ...
Kalau ada masa nanti kita buat majlis birthday along yea .....

Monday, November 09, 2009

Dalam Kenangan ......

Tarikh 29.10.09 hari Khamis pukul 5.40 pagi perginya abang ngah (abang ipar ) mengadap PenciptaNya. Sebenarnya abang ngah dah lama sakit. Lepas ayah meninggal bulan puasa baru nie , abang ngah dimasukkan ke wad lama gak la... raya pun kat wad.

Semoga roh abang ngah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh ....


Ashraf , Firdaus , arwah abang Ngah dan Shafiq


kenangan raya tahun 2007 .....

Jamuan Raya Opis.

Lamanya tak update blog. Maklumlah sibuk sikit sejak pindah rumah baru.

Jamuan raya opis .... Layan ajelah yea ..


Kak wati , sal dan aku


kek nie sebenarnya kek birthday kak nik dan sal .. kami cuma tumpang bergambar jer



posing sakan


macam kumpulan nasyid tak ..?

Mak-mak dara ...




Monday, October 05, 2009

Raya 2009

Raya datang lagi .. tahun ni raya disambut .. dalam keadaan sederhana. Sedih rasa hati mengenangkan raya kali ni aku tidak dapat mencium tangan ayahanda tersayang. Dan buat pertama kalinya ..lepas solat sunat aidilfitri terus ke pusara ayah. Sedekahkan al-fatihah ... untuknya .. dan moga-moga roh ayah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh . .....
anak-anak dan menantu ....


cucu-cucu ayah dan ibu mertua ku ...



Tuesday, September 15, 2009

Pergi Tak Kembali .....


Hari selasa 01.09.09 , lepas sembahyang maghrib dok rileks jap tengok tv. Tiba-tiba abang bagitahu yang adik aku Fatin call , bagitahu yang ayah rebah kat masjid. Kami pun bergegas ke kampung, tengok ayah dah tak sedar. Abang ngan mak bawa ayah ke hospital. Aku balik ke rumah dulu ambik dompet ayah.
Aku ke hospital bersama-sama ngan Tie kebetulan suaminya ada hari ni pasal mak dan ayahnya baru balik umrah hari nie. Lama gak tunggu kat kecemasan Hospital Kuala Berang. Abanag kata doktor ada tanyakan dia , dah berapa lama ayah tak sedar? Pasal ayah dah berpeluh-peluh masa tu. Ayah kena serang stroke. Hampir pukul 12 malam barulah ayah dimasukkan ke wad. Sebelum balik tu belikan mak makanan untuk bersahur .
Keesokkan pagi Fatin bagitahu yang ayah akan dihantar ke Hospital Nur Zahirah Kuala Terengganu. Fatin dan mak naik ambulan bersama-sama ayah. Sedih sangat tengok ayah ... bernafas pun pakai oksigen. Aku dah mengalir air mata tengok ayah masa nie.
Pukul 1.00 tengahari barulah ayah dimasukkan ke wad 7EF. Ayah masih tak sedar. Mak yang tunggu ayah. Ateh yang kerja kat Putrajaya balik ambil flight pukul 12.50 t/hari. Malam tadi dah mesej kat dia masa ayah dimasukkan wad kat Hospital Kuala Berang. Nasib baik bos dia benarkan dia balik.
Petang aku terpaksa balik ke rumah dulu .. pasal kat rumah abang pun tak ada orang. Mak ajelah yang tunggu ayah kat wad.
Hari khamis aku ajak Fatin pergi sekali ngan aku. Pasal aku nak masuk opis kejap. Settlekan bayaran kepada sahabat dulu. Fatin terus ke hospital hantar baju mak. Fatin bagitahu malam tadi doktor ada call bagitahu yang keadaan ayah tenat. Aku , lepas settle kerja minta tolong Kak Wati hantarkan ke hospital. Sebak rasa hati tengok keadaan ayah. Masih tak berubah. Dalam hati aku rela lepaskan ayah daripada dia menderita. Mak kata ayah akan dimasukkan ke icu tengahari nanti.
Petang tu aku suruh semua adik-adik datang ke hospital untuk tengok keadaan ayah. Kat icu tu hanya dua sahaja yang boleh masuk. Bergilir-gilir la. Dalam pukul 6.20 petang tu .. aku turun ke bawah pasal nak ambik baju mak dalam kereta. Tiba-tiba Yan call dia suruh aku naik sekejap kat atas. Aku dah syak ... masa tu aku dah tak boleh berdiri dan tangan pun terketar-ketar. Aku call abang suruh abang naik. Aku dah menangis dah masa tu ....
Akhirnya ayah pergi meninggalkan kami pada 6.35 petang hari khamis 03.09.09 bersamaan 13 Ramadhan 1430H pada usia 63 tahun. Masa tu dah tak fikir langsung nak berbuka. Minum pun air mineral jer. Jenazah ayah dibawa balik ke rumah pada malam tu juga.
Jenazah ayah ditanam selepas solat Jumaat. Sedang ayah dimandikan , semua adik beradik dipanggil untuk melihat ayah buat kali terakhir. Aku lihat wajah ayah tersenyum dan mukanya pun bersih jer. Kak Nah anak saudara ayah yang mendahului mencium ayah .. dan seterusnya kami adik beradik. Sejuk jer .. rasa masa cium ayah buat kali terakhir .....
Mak bagitahu .. masa arwah ayah rebah selepas ambil wuduk kat masjid tu .. hatinya dah terdetik ... mungkin ayah akan pergi di bulan Ramadhan nie .. pada mak ayah pun meninggal pada bulan ramadhan ... petang melihat anak bulan .. bapa-bapa saudara ayah pun meninggal di bulan ramadhan gak.
Adik ada bagitahu yang ayah pernah berkata ... sempat ke tidak dia habiskan ramadhan tahun nie .. rupa-rupanya dia macam dah tahu ....
Raya nanti ... kami tak dapat mengucup tangan ayah .. dan memohon ampun dan maaf daripadanya ........ Moga-moga roh ayah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Al- Fatihah untuk ayah ...... kami semua sayangkan ayah ..

Friday, August 14, 2009

Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman

Hari rabu baru nie aku terpaksa mengambil cuti ganti memandangkan tidak ada orang hendak Amir Iskandar naik bas kat sekolah tadika batu 23. Oh ya ..lupa nak beritahu Amir Iskandar mengikut rombongan kanak-kanak tadika ke Mini Zoo Kemaman. Ibu tak boleh ikut pasal tak bagi nama kat guru tadika Amir. So Ibu hanya menghantar Amir je la.
Pagi tu untuk ke tempat menaiki bas , tumpang Mamat, ayah Mawaddah. Abang tak boleh cuti, ada meeting lak. Sampai kat tadika tu , tengok ramai gak ibu-ibu yang ikut serta rombongan kanak-kanak tadika nie. Seronok gak kalau boleh ikut sekali. Cikgu Ti bagitahu ayah Irfan pun ikut sekali tapi ngan kereta, aku pun apalagi , terus tanyalah ngan Abang Kamal... he ... he .. boleh ikut gak.


Sampai kat zoo dalam pukul 11.oo pagi. Cari Amir , dah tak ada ... berjalan ngan cikgunya agaknya. Berjalan-jalan ajelah kat dalam zoo nie ... tak jumpa gak Amir . Tunggu kat pondok ... ternampak Amir ngan cikgu nya ...

Amir sedang melihat ... angsa ..

Tengok memerang ...


Amir .. tengok ikan naga .. katanya ada keluar api kat mulut ikan nie . Betul ker ..???


Tengok ikan naga lagi ....



Kat sangkar burung ...

bergambar beramai-ramai sementara menunggu bas

Lepas keluar zoo ... pergi makan tengahari kat Telaga Simpul. Makan bekalan yang dibawa oleh ibu-ibu yang mengikuti rombongan nie ... seronok gak makan kat tepi pantai nie ...




kanak-kanak ... jumpa playground ..seronok ah ..



amir dan kawan-kawan kat tepi pantai



buat apa tu dikk ...??




Saturday, August 08, 2009

Cross stich ....

Hari nie hajat di hati nak jahit manik kat baju. Memang dah siap beli manik , tapi balik kat umah .. jarum lak tak ada ... hampeh betul la .. Selongkar punya selongkar jumpa la kotak kasut aku yang mengandungi cross stich . Sebenarnya dah lama aku buat cross stich nie ... kalau tak silap aku ... tahun 1999 lagi ... masa nie aku dok bujang ngan shidah kat KL. Memang lamalah masa yang diambil untuk siapkan cross stich nie .. dah 10 tahun dah .. tapi tak siap-siap jugak... Yea lah daripada zaman aku belum kahwin , sehinggalah sekarang anak dah dua .. tapi tak siap lagi jugak. Yang shidah punya dah lama siap. Hmmm ... sekarang aku nak sambung balik la buat cross stich aku nie.

Masa bujang dulu .. kalau boring tak ada kerja nak buat , aku pun ikut shidah la buat cross stich nie .. dia la yang ajar aku ... Teringat lak .. zaman dok menyewa ngan Shidah kat Kuala Lumpur dulu. Malam-malam kami buat lah cross stich nie sambil menyembang .... Seronok jer masa tu .. berlumba nak siapkan cross stich nie .. tapi yang pastinya .. yang shidah punya dah gantung kat rumahnya ... tapi yang aku punya ... tengoklah sendiri ....




Tak apa shidah ... mulai hari nie .. Klynn akan cuba siapkan gak cross stich nie .. nak buktikan kat awak yang klynn berjaya siapkan ... he .. he .. he .. Semangat nie ... mudah - mudahan siaplah .. dan nanti aku boleh gantungkan kat rumah baru aku ........

Friday, August 07, 2009

Karnival Usahawan - Day 3

Hari nie hari terakhir karnival. Tak sabarnya nak balik .. rasa dah lama tinggal anak-anak ... Hari terakhir nie .. tak banyak aktiviti .. Pagi ... ada senamrobik .... ikut ajelah sekejap . Nak aerobik camner .. aku pakai kasut tumit tinggi ...

bersama budak-budak PKMB Kuala Trg ..

Berlakon je Linda ngan Sal nie .. betul ke bersenam ...? tak keluar peluh pun ...

Eleh ... Sal nie posing jer lebih ........ bukan bersenam betul2 pun ..


bergambar bersama bos selepas bersenam ...


Acara wajib ... posing ...

amacam ... macam model kalendar tak ..????


kanak-kanak riang ....????? ....


Tak dapat pun cabutan bertuah .. hamper nie pun .. hamper untuk wilayah ...