Monday, May 26, 2008

Ulangtahun Perkahwinan ..

Hari ini 26hb Mei 2008 genaplah usia perkahwinan ku yang ke-7. Dah tujuh tahun aku melayari bahtera perkahwinan dengan orang yang aku sayang. Sekejap je rasanya masa berlalu. Bukti cinta kami .. lahirlah Amirah Fakhira dan Amir Iskandar. Anak-anak ibu yang tersayang.

Untuk abang ... terima kasih di atas segalanya ... Terima kasih memberi peluang dan ruang untuk ibu menjadi suri hati abang. Sesungguhnya ibu bertuah kerana memiliki abang. Abang sabar melayani karenah dan perangai ibu... I love you abang. Moga-moga kasih sayang antara kita berpanjangan buat selamanya ..

Bukan Cinta Biasa


Begitu banyak cerita
ada suka ada duka
Cinta yang inginku tulis
Bukanlah cinta biasa

Dua keyakinan berbeza
Masalah pun tak sama
Ku tak ingin dia ragu
Mengapa mereka selalu bertanya
Cintaku bukan di atas kertas
Cintaku getaran yang sama
Tak perlu dipaksa
Tak perlu dicari
Kerna ku yakin ada jawabnya
Andai ku bisa merubah semua
Hingga tiada orang terluka
Tapi tak mungkin
Ku tak berdaya
Hanya yakin menunggu jawabnya
Janji terikat setia
Masa merubah segala
Mungkin dia kan berlalu

Ku tak mahu mereka tertawa
Diriku hanya insan biasa
Miliki naluri yang sama
Tak ingin berpaling
Tak ingin berganti
Jiwa ku sering saja berkata

Andai ku mampu ulang semula
Ku pasti tiada yang curiga
Kasih kau hadir tiada terduga
Hanya yakin menunggu jawapan ..

Sunday, May 11, 2008

Happy Mother's Day


A mother has strenghts that amaze all. she can handletrouble & carry heavy burdens. She holdshapiness. love & opinions. She smiles when she feels like screaming. She sings when she feels like crying, cries when she's happy & laugh when she's afraid. Her love is unconditional. there's only one thing wrong with her, she sometimes forgets what she is worth.....................HAPPY MOTHER'S DAY. MAY ALLAH BLESS ALL MUMS.
Terima kasih pada Amirah Fakhira dan Amir Iskandar kerana belanja ibu makan kat pizza semalam sempena hari Ibu. Dan terima kasih pada abang kerana tolong bayarkan yang anak-anak belanja tu ....... Jangan mare. Sayang abang.

Wednesday, May 07, 2008

Cuti-cuti

Hakim, Hafiz, Adik dan Along dengan gaya yang tersendiri

Along, Hakim, Hafiz dan Adik. Replika buah-buahan yang ada kat Taman Pertanian Sekayu
Adik kesejukan.

Along dan Adik seronok bermain air

Kami sekeluarga pergi berkelah ke Taman Pertanian Sekayu pada 02.05.08 (hari Jumaat). Aku, abang, amirah fakhira , amir iskandar , hafiz dan hakim. Mula-mula tu Along takut nak mandi kat kolam tema yang ada kat situ. Akhirnya, dia yang tak nak balik. Seronok betul melihat budak-budak mandi kat situ. Macam-macam gaya ada.