Wednesday, September 24, 2014

Puding Buih

Aktiviti di hujung minggu, membuat puding buih.



Resepi puding buih nie diambil dari blog Kak Ita. 

PUDING BUIH

Bahan-bahan

1 strip agar-agar tali - direndam terlebih dahulu 
1.75 liter air
9 sudu besar gula
1 helai daun pandan -disimpul
6 biji telur - simpan 1 kuning telur
esen vanila

Caranya :

- Masak agar-agar dengan air, gula dan daun pandan sehingga mendidih. Selepas itu masukkan esen vanila/ pewarna. Kacau sehingga sebati.
-Sementara itu menunggu agar-agar tadi suam, kita pukul telur hingga betul betul kembang dan gebu
-Pukul putih telur dahulu. Apabila putih telur tadi dah kaku barulah dimasukkan kuning telur.
-Tuang adunan agar-agar ke dalam adunan telur dan kacau / pukul dengan mixer sehingga sebati.
-Masukkan ke dalam acuan.

KUAH.

1 tin susu cair
2 tin air (guna tin susu cair)
7 sudu besar gula
2 sudu besar tepung kastard
1 biji kuning telur
2 helai daun pandan
1/2 sudu kecil garam

-masukkan semua bahan dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
-kuah ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul.
-bila dah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk.
-barulah dimasukkan ke dalam peti ais.


SELAMAT MENCUBA!

No comments: