Sunday, May 31, 2009

Bengkel Akaun di PLAT Taiping

Bengkel Akaun kali ni diadakan di Pusat Latihan di Taiping pada 15hb hingga 20hb Mei. Seminggu gak tu. So perjalanan aku bermula pada 14hb lagi. Sampai di PLAT dah petang dah.

Hari pertama Bengkel Akaun

Hari ke berapa ntah ... aku pun dah lupa. Kebetulan petang tu tak ada aktiviti. Kami pun ambil kesempatan makan mee banjir udang. Terpengaruh tengok program Majalah 3 kat TV3 la nie. Memang banyak sangat udangnya .. sampai nak makan pun tak larat ... tapi yang pastinya memang sedap sangat . Teringin lak nak makan bila tengok gambar nie ...

Hari terakhir bengkel. Ambil kesempatan posing beramai-ramai la. Gambar ni diambil sebelum bertolak ke Pusat Gemilang kat Batu Kurau. Semangat la sikit pasal dah nak balik kan . Dah lama tinggalkan suami dan anak-anak. Rindu oooo ....



Kami melawat kat tempat sahabat membuat projek kerepek. Borong sakanlah masing-masing. Dah tak sabar nak balik nie ......... Eiiiii seronok nya .... Aku dah plan .. on the way balik nanti .. nak singgah kat Bukit Bunga kat Jeli tu . Nak beli baju tidur yang dipesan oleh Along. Adik lak pesan beli "Gundan". Macam-macam pesanan ...